Lambatnya masa berlalu...Sehari rasa bagai setahun, sejam bagai sehari, sesaat bagai sejam. Pernah tak keadaan ini berlaku pada diri anda? Mesti pernah kan? Selalunya orang akan mengeluh yang waktu bergerak tersangatlah pantas. Nak buat apa pun tak sempat. Ini dah terbalik pula. Hakikatnya, masa adalah suatu yang relatif bagi semua orang. Jam yang sama, waktu yang sama dan 24 jam yang sama boleh jadi berbeza-beza rasa tempohnya bagi setiap orang. Ada yang rasa sekejap, ada yang rasa lama.
Bercakap berkenaan waktu yang seakan terhenti, sudah tentu maksudnya masa berjalan bagaikan siput lambatnya. Dalam situasi bagaimanakah waktu itu bergerak lambat? Mari kita lihat situasi-situasi yang berkenaan yang mana ianya boleh berlaku.
1) Anda sedang menghadapi saat yang sangat cemas seperti di dalam satu rompakan, kemalangan, bencana alam ataupun sedang diugut dengan pisau di tengkuk. Waktu-waktu begitu bukan sahaja masa yang seakan berhenti, silap-silap jantung pun boleh berhenti mengepam darah. Ditoreh pun tak berdarah. Untuk menggerakkan semula masa di ketika-ketika sedemikian ialah dengan anda perbanyakkan berdoa dan berzikir dengan mengingati Allah s.w.t di samping pasrah serta berserah.
2) Sedang menghadapi temuduga yang mana anda tidak begitu bersedia. Macam-macam soalan yang diutarakan dan anda hanya mampu menjawab dengan 'tak pasti'. Lebih parah lagi jika anda dihentam pula oleh si penemuduga di atas kelemahan-kelemahan anda menjawab soalan. Rasa nak tercabut lutut dan rasa nak cabut lari sahaja dari temuduga itu kan? "Bilalah nak habis ni", kata hati anda.
3) Sedang kena marah atau dileter oleh orang atasan tempat kerja anda ataupun bagi pelajar, oleh pensyarah ataupun guru-guru. Telinga rasa bernanah aje manakala jarum saat jam pula seolah-olah digayut-gayut supaya bergerak lambat-lambat. Bagi yang suka mengambil pengajaran dari kes ini rasanya tak kisah pun, bagi yang kena hentam semberono memang terbakar hati manakala yang memang salah dan bebal memang layak pun kena maki hamun.
4) Anda sedang terlewat untuk menghadiri satu temujanji ataupun terlewat ke tempat kerja. Tersangkut pula di dalam kesesakan jalanraya ataupun terpaksa menunggu kenderaan awam yang tidak kunjung-kunjung jelma. Dalam hati bagai dirobek dan dipalu. Rasa nak terkencing dan terberak pun ada. Terasa bagai dunia dalam keadaan pegun dan statik sahaja.
5) Menanti suatu kes pembedahan atau kelahiran. Tuhan sahaja yang tahu betapa kalau boleh anda ingin gerakkan sahaja jarum-jarum jam sepantas yang boleh. Penantian yang sedemikian rupa tersangatlah menyeksakan. Bukan senang untuk menghadapi situasi hidup atau mati, sempurna atau tidak sempurnanya ataupun berjaya atau tidak berjayanya. Macam-macam perkara bermain-main di benak. Apa yang boleh dilakukan ketika itu ialah bersedia untuk kemungkinan yang buruk dan berharap untuk yang terbaik.
6) Sedang menanti orang yang tidak pandai menepati janji. Bila berjanji asyik berlengah. Munafik sifatnya. Memang tak boleh tahanlah jika melayan orang yang berperangai sebegini. Untuk mereka-mereka ini anda perlu tipu sedikit dengan bagi janji terlebih awal sedikit dari yang sepatutnya, baru dia ada akal. Kalau boleh hadiahkan dia sebuah jam dinding untuk dipakai di tengkuk.
7) Menanti waktu untuk masa tamat bekerja lebih-lebih lagi anda dah tak banyak kerja hendak dibereskan ataupun juga terlalu banyak benda yang hendak diselesaikan dalam hari itu juga. Rasa nak balik rumah tersangatlah menggebu-gebu. Akibat terlalu bosan tak ada kerja ataupun dek kerana terlalu penat bekerja dan tak sabar untuk berehat.
8) Berdebar menanti wisel penamat dibunyikan sementelah pasukan Harimau Malaya sedang mendahului Brazil dalam Piala Dunia dengan jaringan 3-2. Moga suatu hari nanti situasi sebegini bukan lagi mimpi-mimpi rakyat Malaysia.
9) Bila anda memang tak ada sebarang jam atau penunjuk waktu di sisi anda. Duduk pula di dalam bilik yang memang tak nampak matahari langsung. Langsung tak tahu siang ataupun malam. Boleh jadi gila kalau seseorang itu tidak dapat melihat pergerakan waktu untuk beberapa hari lamanya.
10) Asyik terpandangkan jam yang memang dah mati. Hahaha. Kalau tak pandang jam lama-lama memang tak perasan hidup ataupun matinya. Perasan tak kalau kita tiba-tiba pandang kat jarum saat jam nampak macam jarum itu tak bergerak kerana itulah lamanya jarak masa sesaat itu.
Kesimpulannya, waktu akan terasa terhenti apabila kita berasa terseksa dalam menanti itu dan ini. Jika kita berasa seronok sepanjang masa, waktu akan terasa tersangat laju. Contohnya, bila kita menonton filem atau rancangan yang menghiburkan, terasa cepat sangat dah nak habisnya, tak puas menonton. Lain pula halnya kalau anda menonton cerita seram, rasa tak sanggup untuk berada lebih lama lagi di hadapan skrin wayang ataupun di kaca TV.
Akhir sekali, hargailah masa kerana masa yang hilang itu tidak dapat diganti semula. Masa yang Allah s.w.t beri kepada kita di atas dunia ini semakin hari semakin singkat.
Mozar : Bila tak ada idea nak menulis blog ini, semua ayat-ayat rasa lemau dan masa pula seakan terhenti, sebab terus tertidur.

No comments:
Post a Comment
Pecah kaca pecah cermin, lepas baca harap komen...